Hubungkaitan antara keagresifan dan prestasi atlet Karate Sukma Perak 2018

Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara keagresifan dengan prestasiatlet acara kumite pada temasya SUKMA 2018. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan.Model keagresifan Buss dan Perry digunakan untuk menerangkan konsep keagresifan yangterdiri daripada (a) fizikal, (b) verbal, (c) kemara...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Aida Azmi
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2020
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6722
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara keagresifan dengan prestasiatlet acara kumite pada temasya SUKMA 2018. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan.Model keagresifan Buss dan Perry digunakan untuk menerangkan konsep keagresifan yangterdiri daripada (a) fizikal, (b) verbal, (c) kemarahan, dan (d) ketara (hostile). Seramai 104orang atlet karate terdiri daripada 52 lelaki (M=19.05 tahun; SP=1.19) dan 52 orang wanita(M=19.6 tahun; SP=1.09) daripada 14 buah negeri telah dipilih secara rawak berstrataberdasarkan jantina. Instrumen kajian terdiri daripada satu set soal-selidik yang diadaptasidaripada Buss and Perry Aggression Questionnaire (BPAQ). Statistik deskriptif dan inferensdigunakan untuk menganalisis data seperti kekerapan, peratusan, min, sisihan piawai, MANOVA, dankorelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tiada perbezaan signifikan daripadaaspek keagresifan mengikut jantina dan kategori berat. Dalam konteks prestasi, ujianMANOVA menunjukkan atlet lelaki yang berjaya (n = 26) lebih agresif dari segi fizikal dan ketara [F(3,22) = 4.78; p