Pengurusan guru tahfiz dalam pengajaran hafazan Al-Quran, kajian di sekolah tahfiz kerajaan dan swasta di Negeri Sembilan

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengurusan guru tahfiz dalam pengajaran hafazan Al-Quran di sekolah tahfiz kerajaan dan swasta di Negeri Sembilan. Model pengurusan oleh Henry Fayol telah digunakan dalam kajian ini sebagai kerangka teoritikal yang terdiri daripada elemen perancangan, pengel...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Tengku Nur Tasnim Tengku Riduan
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2020
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6817
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengurusan guru tahfiz dalam pengajaran hafazan Al-Quran di sekolah tahfiz kerajaan dan swasta di Negeri Sembilan. Model pengurusan oleh Henry Fayol telah digunakan dalam kajian ini sebagai kerangka teoritikal yang terdiri daripada elemen perancangan, pengelolaan, pengarahan, penyelarasan, dan pengawalan. Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan. Instrumen kajian terdiri daripada satu set soal selidik dan protokol temu bual. Instrumen kajian telah disahkan oleh empat orang pakar dalam bidang. Kebolehpercayaan instrumen pula telah diukur dengan menggunakan pekali Alpha Cronbach = 0.89. Ini menunjukkan nilai kebolehpercayaan soal selidik mempunyai ketekalan yang tinggi. Instrumen soal selidik ditadbir kepada pelajar manakala protokol temu bual diberi kepada guru. Seramai 335 orang pelajar Tahfiz daripada empat buah sekolah agama (2 buah Sekolah Agama Kerajaan dan 2 buah Sekolah Agama Swasta) telah dipilih secara rawak untuk menjawab soal selidik. Manakala empat orang guru tahfiz dipilih secara bertujuan untuk ditemu bual menggunakan protokol temu bual separa berstruktur. Data kajian telah dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferens seperti kekerapan, peratus, min, sisihan piawai, ujian-t dan korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhannya, pelajar tahfiz percaya (M=4.12, SP=0.45) bahawa pengurusan guru tahfiz dalam kelas hafazan adalah baik. Mereka juga bersetuju bahawa guru mereka merancang (M=3.98, SP=0.43), mengelola (M=3.93, SP=0.53), mengarah (M=4.27, SP=0.54) menyelaras (M=3.99, SP=0.56), dan mengawal (M=4.42, SP=0.85) aktiviti dalam kelas hafazan dengan baik. Data kualitatif daripada temu bual dengan empat orang guru Tahfiz mendapati beberapa tema telah muncul. Tema-tema tesebut seperti cabaran dalam melengkapkan silibus, cabaran pelajar dalam melengkapkan hafazan, dan cabaran mengenai disiplin pelajar. Data kualitatif ini menyokong data kuantitatif daripada soal selidik. Hasil ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara pengurusan guru tahfiz di sekolah kerajaan dan swasta dalam aspek perancangan [t(333) = 3.02, p