Pembangunan modul e-kandungan untuk Massive Open Online Course (MOOC) Kimia

Kajian ini bertujuan membangunkan modul e-kandungan untuk Massive Open OnlineCourses (MOOC) Kimia. Modul e-kandungan ini dibangunkan berdasarkan model reka bentuk instruksi iaitu model ADDIE. Kaedah pembelajaran kolaboratif, teori connectivism dan teoremkesetaraan interaksi merupakan kaedah dan teor...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Siti Nurshuhada Mohd Hamid
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2020
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6873
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan membangunkan modul e-kandungan untuk Massive Open OnlineCourses (MOOC) Kimia. Modul e-kandungan ini dibangunkan berdasarkan model reka bentuk instruksi iaitu model ADDIE. Kaedah pembelajaran kolaboratif, teori connectivism dan teoremkesetaraan interaksi merupakan kaedah dan teori yang digunakan dalam fasa reka bentukpembangunan modul. Pekali kesahan kandungan modul (Content Validity Index), pekalikebolehpercayaan modul (Cronbachs alpha) dan persepsi pelajar (min) dari segi kandungan,kebolehgunaan, reka bentuk dan keberkesanan modul turut dikenal pasti. Reka bentuk yangdigunakan dalam kajian ini adalah kajian reka bentuk dan pembangunan. Modul ini dinilai oleh tigaorang panel pakar untuk menentukan kesahan kandungan modul. Bagi menentukan kebolehpercayaan modul dan persepsi pelajar terhadap modul, borang soal selidik telahdiedarkan kepada pelajar. Dapatan kajian menunjukkan Content Validity Index adalah1.00 dan Cronbachs alpha adalah 0.94. Nilai min persepsi pelajar terhadap kandungan,kebolehgunaan, reka bentuk dan keberkesanan adalah 3.66 (SP = 0.55), 3.43 (SP = 0.56),3.41 (SP = 0.59) dan 3.47 (SP = 0.56). Kesimpulannya, modul e-kandungan ini boleh dijadikanpanduan oleh pensyarah untuk mengaplikasikan pengajaran danpembelajaran abad ke-21.