Pembangunan modul e-kandungan untuk Massive Open Online Course (MOOC) Kimia
Kajian ini bertujuan membangunkan modul e-kandungan untuk Massive Open OnlineCourses (MOOC) Kimia. Modul e-kandungan ini dibangunkan berdasarkan model reka bentuk instruksi iaitu model ADDIE. Kaedah pembelajaran kolaboratif, teori connectivism dan teoremkesetaraan interaksi merupakan kaedah dan teor...
Saved in:
主要作者: | |
---|---|
格式: | thesis |
语言: | zsm |
出版: |
2020
|
主题: | |
在线阅读: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6873 |
标签: |
添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
|
总结: | Kajian ini bertujuan membangunkan modul e-kandungan untuk Massive Open OnlineCourses (MOOC) Kimia. Modul e-kandungan ini dibangunkan berdasarkan model reka bentuk instruksi iaitu model ADDIE. Kaedah pembelajaran kolaboratif, teori connectivism dan teoremkesetaraan interaksi merupakan kaedah dan teori yang digunakan dalam fasa reka bentukpembangunan modul. Pekali kesahan kandungan modul (Content Validity Index), pekalikebolehpercayaan modul (Cronbachs alpha) dan persepsi pelajar (min) dari segi kandungan,kebolehgunaan, reka bentuk dan keberkesanan modul turut dikenal pasti. Reka bentuk yangdigunakan dalam kajian ini adalah kajian reka bentuk dan pembangunan. Modul ini dinilai oleh tigaorang panel pakar untuk menentukan kesahan kandungan modul. Bagi menentukan kebolehpercayaan modul dan persepsi pelajar terhadap modul, borang soal selidik telahdiedarkan kepada pelajar. Dapatan kajian menunjukkan Content Validity Index adalah1.00 dan Cronbachs alpha adalah 0.94. Nilai min persepsi pelajar terhadap kandungan,kebolehgunaan, reka bentuk dan keberkesanan adalah 3.66 (SP = 0.55), 3.43 (SP = 0.56),3.41 (SP = 0.59) dan 3.47 (SP = 0.56). Kesimpulannya, modul e-kandungan ini boleh dijadikanpanduan oleh pensyarah untuk mengaplikasikan pengajaran danpembelajaran abad ke-21. |
---|