Kesan modul pembelajaran berasaskan masalah (MICRO-C PRO) terhadap pencapaian, kemahiran penyelesaian masalah, efikasi kendiri dan motivasi intrinsik pelajar di Kolej Vokasional

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan dan mengkaji kesan modul MIKRO-C PRO berdasarkan pendekatan pembelajaran berasaskan masalah (PBM) terhadap pencapaian, kemahiran penyelesaian masalah, efikasi kendiri dan motivasi intrinsik pelajar di Kolej Vokasional Malaysia. Kajian kuasi-eksperimen dijalank...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Najwa Mohd Najid
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2020
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6920
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini bertujuan untuk membangunkan dan mengkaji kesan modul MIKRO-C PRO berdasarkan pendekatan pembelajaran berasaskan masalah (PBM) terhadap pencapaian, kemahiran penyelesaian masalah, efikasi kendiri dan motivasi intrinsik pelajar di Kolej Vokasional Malaysia. Kajian kuasi-eksperimen dijalankan ke atas 98 orang pelajar Diploma kursus Teknologi Elektronik semester lima, yang mengambil mata pelajaran Pengawal Mikro daripada empat buah Kolej Vokasional di zon utara menggunakan persampelan berkelompok. Sampel kajian terdiri daripada 48 orang pelajar kumpulan rawatan dan 50 orang pelajar kumpulan kawalan. Modul MIKRO-C PRO dibina merangkumi tajuk Mengaplikasikan Set Arahan Pengawal Mikro. Pelaksanaan modul MIKRO-C PRO dijalankan selama 10 minggu intervensi. Kesan modul MIKRO-C PRO diukur menggunakan instrumen ujian pencapaian Pengawal Mikro, soal selidik kemahiran penyelesaian masalah (PSI), motivasi intrinsik (IMI) dan efikasi kendiri (GSES). Data yang diperolehi dianalisa dengan menggunakan ujian MANCOVA dan keputusannya diterjemahkan. Didapati, pencapaian pelajar dalam kumpulan PBM lebih tinggi berbanding kumpulan kawalan [F(1,98) = 32.846, p<.05]. Kemahiran penyelesaian masalah pelajar juga lebih tinggi berbanding kumpulan kawalan [F(1, 98) = 11.742, p<.05]. Motivasi intrinsik pelajar pula lebih tinggi berbanding kumpulan kawalan [F(1, 98) = .663, p<.05]. Walaubagaimanapun, efikasi kendiri pelajar bagi kumpulan PBM tidak berbeza berbanding kumpulan kawalan [F(1, 98) = 4.243, p>.05]. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa penggunaan modul MICRO- C PRO telah meningkatkan pencapaian, kemahiran penyelesaian masalah, dan motivasi intrinsik pelajar, akan tetapi tidak meningkatkan efikasi kendiri mereka berbanding kaedah pengajaran secara konvensional. Implikasinya, penggunaan modul MICRO-C PRO berteraskan PBM dalam kajian ini boleh dimanfaatkan oleh tenaga pengajar di kolej vokasional ke arah memperkayakan bahan bantu pengajar dan rujukan tambahan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pengawal Mikro.