Kepintaran emosi dan gaya kepimpinan tranformasi guru besar terhadap prestasi sekolah

Tesis ini dilaksanakan bertujuan untuk menganalisis hubungan diantara aras kepintaranemosi dan aras gaya kepimpinan transformasi dalam kalangan guru besar sekolah rendahdi seluruh Malaysia terhadap skor penilaian prestasi sekolah Standard Kualiti PendidikanMalaysia (SKPM) daripada Kementerian Pendid...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Noor Fazilah Ahmad Jamli
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2021
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6993
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Tesis ini dilaksanakan bertujuan untuk menganalisis hubungan diantara aras kepintaranemosi dan aras gaya kepimpinan transformasi dalam kalangan guru besar sekolah rendahdi seluruh Malaysia terhadap skor penilaian prestasi sekolah Standard Kualiti PendidikanMalaysia (SKPM) daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Kepimpinan yangberprestasi tinggi dikatakan dipengaruhi oleh kompetensi emosi dan gaya kepimpinanguru besar namun belum terdapat kajian yang memfokuskan kepada aras kepintaranemosi dan gaya kepimpinan transformasi guru besar serta perkaitannya dengan SKPMsebagai penanda aras standard prestasi sekolah. Kajian ini turut mengkaji perbezaan araskepintaran emosi guru besar dan gaya kepimpinan transformasi guru besar berdasarkankepada faktor jantina, umur dan tempoh perkhidmatan. Kesan interaksi antara araskepintaran emosi dan aras gaya kepimpinan tranformasi juga dianalisa. Kajian inidilaksanakan dengan kaedah tinjauan secara keratan rentas dimana sampel dipilih secarapersampelan berkelompok melibatkan 746 orang guru besar daripada 3 zon kajian diseluruh Malaysia. Instrumen yang digunakan untuk mengukur aras kepintaran emosigaya kepimpinan transformasi guru besar adalah instrumen soal selidik yang dibina khasiaitu EQ HeadLIST (Emotional Quotient Headmaster Transformational LeadershipInstrument). Manakala pengukuran skor penilaian prestasi sekolah adalah melaluiinstrumen Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM). Data dianalisis menggunakananalisis ujian-t, anova sehala dan regresi berganda. Dapatan kajian menunjukkan bahawaterdapat perbezaan yang signifikan dalam aras gaya kepimpinan transformasi guru besarberdasarkan kepada faktor jantina iaitu [ t = -1.927; p = 0.05 0.05 ]. Manakala dapatankajian bagi hubungan diantara aras kepintaran emosi dan aras gaya kepimpinantransformasi terdapat hubungan yang positif dan signifikan iaitu [ r = 0.504; p = 0.00