Kecenderungan pemilihan kerjaya dalam kalangan pelajar sekolah menengah bandar dan luar bandar di Kelantan

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji jenis-jenis kerjaya yang diminati oleh pelajar,

faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya, cara-cara untuk mengatasi

masalah pemilihan kerjaya serta peranan pihak sekolah...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Noor Athirah Sukri
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2021
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8512
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji jenis-jenis kerjaya yang diminati oleh pelajar,

faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya, cara-cara untuk mengatasi

masalah pemilihan kerjaya serta peranan pihak sekolah untuk membantu pemilihan

kerjaya bagi pelajar Tingkatan Empat Aliran Sains bagi kawasan bandar dan luar

bandar di Negeri Kelantan. Kajian ini dijalankan secara kualitatif dengan menggunakan

soal selidik soalan jenis terbuka kepada 15 orang pelajar di kawasan bandar dan 15

orang pelajar di kawasan luar bandar. Kaedah temu bual bersama seorang guru

kaunselor dari sekolah menengah bandar dan luar bandar turut digunakan. Data yang

diperoleh dalam kajian ini, kemudiannya dianalisis menggunakan kaedah Hermeneutik

untuk mendalami pemilihan kerjaya dalam kalangan pelajar. Dapatan kajian

menunjukkan jenis kerjaya yang dipilih merangkumi kerjaya yang melibatkan bidang

Sains dan bukan Sains seperti doktor perubatan, doktor haiwan, ahli psikologi, guru,

pensyarah dan sebagainya. Keputusan kajian juga mendapati faktor minat merupakan

faktor utama yang mempengaruhi pelajar dalam pemilihan kerjaya berbanding faktor

peluang pekerjaan, dorongan keluarga, ganjaran dan lain-lain. Kajian yang diperoleh

juga menunjukkan bahawa pelajar berusaha untuk menjadi pelajar yang tekun, merujuk

kaunselor, melayari internet, percaya diri sebagai cara mereka mengatasi masalah

pemilihan kerjaya. Hasil temu bual bersama guru kaunselor pula mendapati bahawa

pelbagai inisiatif program atau aktiviti telah dilakukan oleh pihak sekolah sebagai

bimbingan dan pendedahan awal kepada pelajar sekolah menengah tentang bidang

kerjaya. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa pemilihan kerjaya adalah

suatu proses yang kompleks dan pelajar perlu membuat keputusan dan persediaan

sebelum memasuki dunia pekerjaan yang sebenar. Implikasi kajian ini diharapkan dapat

memberikan pendedahan awal kepada pelajar sekolah menengah dalam pemilihan

kerjaya dengan mengetahui kelebihan dan cabaran bekerja dalam sesuatu bidang

kerjaya tertentu.