Pembangunan dan pengesahan standard kurikulum dan pentaksiran ensembel muzik Mongigol-Sumundai untuk mata pelajaran muzik tingkatan satu hingga tiga

Pada masa ini, belum wujud satu standard kurikulum dan pentaksiran bagi tujuan

pengajaran ensembel muzik Mongigol-Sumundai di sekolah, khususnya bagi

menengah rendah di Malaysia. Selaras dengan frasa yang termaktub...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Chonnel B. George
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2021
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8545
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:
Pada masa ini, belum wujud satu standard kurikulum dan pentaksiran bagi tujuan

pengajaran ensembel muzik Mongigol-Sumundai di sekolah, khususnya bagi

menengah rendah di Malaysia. Selaras dengan frasa yang termaktub pada Dokumen

Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Pendidikan Muzik, Kementerian

Pendidikan Malaysia (KPM), guru boleh menentukan mana-mana ensembel muzik

yang bersesuaian dengan kepakaran masing-masing serta mengambil kira

persekitaran pelajar dan sekolah. Atas dasar itu, kajian ini dijalankan bagi

membangunkan standard kurikulum dan pentaksiran ensembel muzik Mongigol-

Sumundai untuk mata pelajaran muzik tingkatan satu hingga tiga, sebagai panduan

kepada guru bagi tujuan pengajaran di dalam bilik darjah. Kajian berbentuk kualitatif

ini menggunakan reka bentuk dan pembangunan (DDR) yang melibatkan kaedah

analisis dokumen, pemerhatian lapangan dan temu bual. Terdapat tiga fasa dalam

kajian ini iaitu fasa analisis keperluan, fasa pembangunan dan fasa pengesahan.

Kajian ini telah menghasilkan enam tema utama iaitu sejarah dan perkembangan,

peralatan muzik, teknik dan skil permainan, repertoir, pewarisan dan pembelajaran

dan penilaian. Semua tema ini telah dimanifestasikan dan diorganisasikan menjadi

standard kandungan, standard pembelajaran dan standard prestasi bagi ensembel

muzik Mongigol-Sumundai untuk mata pelajaran muzik tingkatan satu, dua dan tiga.

Hasil kajian ini akan membantu para guru bagi tujuan pengajaran di sekolah. Selain

itu, hasil kajian ini juga akan membantu pihak Bahagian Perkembangan dan

Pembangunan Kurikulum (BPPK) untuk membangunkan kurikulum yang berkaitan.

Dengan cara ini, diharapkan kajian ini dapat melahirkan satu anjakan paradigma

dalam memastikan kelestarian ensembel muzik Mongigol-Sumundai agar

dimartabatkan.