Politik dan kuasa Nahdlatul Wathan dalam Era Autonomi Daerah (1997-2010)

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis wadah politik dan kuasa yang diperjuangkan

oleh Nahdlatul Wathan. Fokus kajian ini ialah untuk menganalisis konstruksi politik

Nahdlatul Wathan pada Era Autonomi Daerah dan da...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Hasbi Ardhani
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2022
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9752
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis wadah politik dan kuasa yang diperjuangkan

oleh Nahdlatul Wathan. Fokus kajian ini ialah untuk menganalisis konstruksi politik

Nahdlatul Wathan pada Era Autonomi Daerah dan dampak politiknya terhadap

keberadaannya sebagai pertubuhan Islam. Kajian ini menggunakan metodologi sejarah

yang meliputi heuristik, kritikan sumber, interpretasi dan historiografi. Sumber primer

diperoleh daripada Arsip Daerah dan Perpustakaan Nusa Tenggara Barat. Selain

daripada itu, data juga diperoleh melalui temu bual. Sumber sekunder terdiri daripada

makalah, jurnal dan karya ilmiah lainnya yang dapat diperoleh di kantor Pengurus Besar

Nahdlatul Wathan. Sumber tersebut dinilai melalui kritikan sejarah untuk menguji

keabsahan sumber. Selanjutnya ditafsir dan ditulis dalam bentuk rekonstruksi sejarah.

Hasil kajian menunjukkan kerjasama NW dengan parti politik sentiasa mengalami

perubahan selari dengan keadaan semasa. Namun, kejatuhan regim Soeharto

menyebabkan hubungan antara parti dengan NW mula retak berikutan wujudnya

kepelbagian ideologi pemimpin masing-masing. Strategi yang digunakan oleh

pemimpin NW bagi memastikan perjuangan pertubuhan tersebut terus relevan ialah

dengan menyertai aktiviti politik. Kesimpulan kajian ini ialah, perlaksanaan amalan

politik berlandaskan nilai Islam yang menjadi asas NW menyebabkan NW tidak

melarang anggotanya untuk terlibat secara langsung di dalam dunia politik, selagi ianya

tidak bertentangan dengan ajaran Islam dan aturan-aturan pertubuhan. Implikasi kajian

ini menunjukkan bahawa kejayaan salah seorang pemimpin NW iaitu Tuan Guru

Bajang diangkat sebagai Gabenor Nusa Tenggara Barat telah meningkatkan keyakinan

Jemaah kepada pertubuhan NW. Ini membuktikan bahawa NW bukan hanya mampu

menjadi pertubuhan keagamaan, tetapi juga mampu melahirkan bakat kepemimpinan

politik dalam kalangan masyarakat Pulau Lombok.