Pengetahuan dan amalan pemikiran kritis dari persepsi pensyarah perakaunan di Kolej Matrikulasi

<p>Tujuan kajian ini adalah untuk melihat hubungan di antara tahap pengetahuan pemikiran kritis dengan tahap amalan pengajaran pemikiran kritis. Responden kajian ini terdiri daripada 60 pensyarah perakaunan kolej matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Kajian ini menggunakan...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Haslina Kamaruddin
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2011
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9881
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:<p>Tujuan kajian ini adalah untuk melihat hubungan di antara tahap pengetahuan pemikiran kritis dengan tahap amalan pengajaran pemikiran kritis. Responden kajian ini terdiri daripada 60 pensyarah perakaunan kolej matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan secara kuantitatif. Soal selidik 40 item dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Bahagian I (16 item -tahap pengetahuan pemikiran kritis), Bahagian II (19 item -amalan pengajaran pemikiran kritis) dan Bahagian III (5 item demografi). Analisis deskriptif (frekuensi, peratusan dan min) dan statistik inferens (Ujian-t, ANOVA dan Korelasi Pearson) telah digunakan untuk mencari maklumat berkaitan hubungan di antara pembolehubah bersandar (tahap pengetahuan dengan tahap amalan pengajaran pemikiran kritis) serta dengan pembolehubah bebas (demografi). Dapatan kajian telah membuktikan terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap pengetahuan dengan amalan pengajaran pemikiran kritis. Kajian juga telah mendapati kursus berkaitan pemikiran kritis memberi kesan kepada tahap pengetahuan pemikiran kritis. Hasil dapatan kajian ini bakal memberikan maklumat empirikal bagi penambahbaikan peluang latihan pensyarah dan kurikulum matapelajaran Perakaunan. Kajian ini terhad kepada pensyarah matrikulasi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia sahaja, oleh itu penglibatan sampel yang lebih besar bagi kajian akan datang bakal memberi maklumat yang lebih baik dan tepat.</p>