Profil antropometri pemain bola jaring Majlis Sukan Sekolah Malaysia bawah umur 18 tahun

<p>Kajian ini dijalankan untuk menentukan profil keseluruhan dan perbezaan antropometri pemain bola jaring (PBJ) MajIis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2006 berdasarkan posisi pemain dan prestasi pasukan. Pembolehubah yang diukur adalah ketinggian, berat badan, peratusan lemak badan dan...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Noorzaliza Osman
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2008
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9915
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:<p>Kajian ini dijalankan untuk menentukan profil keseluruhan dan perbezaan antropometri pemain bola jaring (PBJ) MajIis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2006 berdasarkan posisi pemain dan prestasi pasukan. Pembolehubah yang diukur adalah ketinggian, berat badan, peratusan lemak badan dan somatotaip. Seramai 150 orang pemain yang mewakili 13 negeri dan dua Wilayah Persekutuan yang terlibat dalam kajian ini. Mereka dibahagikan kepada tiga posisi pemain (pertahanan, penyerang dan tengah) dan dua kumpulan prestasi pasukan (tinggi dan rendah). Peratusan lemak badan diukur dengan kaedah lipatan kuIit berasaskan formula Jackson, Pollock & Ward (1980) dan somatotaip diukur dengan menggunakan skala Heath dan Carter (2002). Data dianalisis dengan menggunakan ujian MANOVA sehala. Keputusan yang signifikan dilaporkan bagi ujian ketinggian dan berat badan berdasarkan di antara posisi pemain. Nilai F yang dilaporkan masing-masing adalah F (2,147)=43.42, p<0.05 dan F (2,147)=15.30, p<0.05. Secara keseluruhannya, kajian menunjukkan PBJ MSSM 2006 mempunyai ketinggian dan berat badan yang hampir setara dengan PBJ Malaysia. Manakala peratusan lemak badan PBJ MSSM 2006 lebih rendah dibandingkan dengan PBJ Malaysia yang dilaporkan oleh Soh (2005). Semua PBJ MSSM 2006 memiliki tubuh badan endomorfi-mesomorfi (lebih berotot) sama dengan tubuh badan pernain elit Australia seperti yang dilaporkan dalam kajian Hopper, Hopper & Elliot (1995). Kesimpulannya, PBJ MSSM 2006 memiliki keperluan fizikal yang hampir sama dengan pemain-pemain elit negara dan luar negara.</p>